Pelepasan Cukai SSPN Lanjut Hingga 2024, Akui Kerajaan Bukan Maksum

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan di Dewan Negara pelepasan cukai pendapatan ke atas pencarum Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dilanjutkan hingga 2024.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim menyatakan bahawa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar suara rakyat.

Kata Steven, setelah meneliti pandangan dan kegelisahan orang ramai tentang pelepasan cukai pendapatan ke atas SSPN, beliau telah bincang sekali lagi dengan Perdana Menteri di Parlimen semalam tentang perkara ini.

“Pagi tadi, Anwar telah umum bahawa kerajaan akan melanjutkan pelepasan tersebut sehingga tahun 2024.

“Kerajaan ini bukan maksum, tetapi kita mempunyai Perdana Menteri yang sentiasa terbuka untuk dengar dan utamakan kepentingan rakyat, dan yang paling penting, cepat bertindak,” ujar Steven.

Terdahulu Anwar di Dewan Negara mengumumkan pelepasan cukai pencarum SSPN.

Perdana Menteri berkata, langkah itu dibuat berikutan gesaan banyak pihak meminta kerajaan mempertimbangkan pelepasan cukai yang tidak termasuk dalam Bajet 2023 yang disemak semula.

“Saya bersetuju untuk melanjutkan pengecualian cukai ini sehingga 2024 yang akan memberi manfaat kepada 400,000 pembayar cukai dan menelan belanja kerajaan RM250 juta,” katanya semasa membentangkan Bajet 2023 di Dewan Negara hari ini.

Pelepasan itu pada mulanya ditawarkan pada RM6,000, tetapi kemudiannya dinaikkan kepada RM8,000 di bawah Bajet 2019.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat