“Jangan pula kita menjadi sebab berlakunya perpecahan, bersabar dan jadilah pendamai” Kata Hj Hadi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Presiden PAS, Dato’ Seri Hj Hadi Awang mengingatkan agar pemimpin-pemimpin politik dikalangan parti Melayu bersabar dan menjadi pendamai agar perpecahan tidak berlaku.

Jangan pula kita menjadi sebab berlakunya perpecahan. Bersabar dan jadilah pendamai, Kata Hj Hadi.

Beliau berkata demikian semasa sesi libat urus bersama Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, pada semalam.

“Masalah kita hadapi sekarang adalah perpecahan umat Islam. Maka PAS membawa agenda perpaduan ummah. Ummah yang dimaksudkan ialah umat Islam dan juga kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem. Inilah agenda perpaduan kita.

” Maka jangan kita berkasar terhadap rakan kita. Sebaliknya kita mesti menjalinkan hubungan bersaudara dan berukhuwah sesama kita. Jangan pula kita menjadi sebab berlakunya perpecahan. Bersabar dan jadilah pendamai,” jawabnya ketika ditanyakan soalan-soalan berkaitan situasi semasa politik yang sedang berlaku.

Terdahulu, Persidangan Agung UMNO (PAU) 2020 memutuskan kerjasama UMNO dan BN dalam kerajaan Perikatan Nasional dan BERSATU sehingga Parlimen dibubarkan.

Dalam pada itu, BN pada PRU15 akan datang akan bergerak secara solo bagi merampas kembali Putrajaya setelah tewas buat pertama kali pada 9 Mei 2018.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat