Ada 3 pencen, Wan Azizah cuma pilih satu sahaja – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan wakil rakyat yang mempunyai beberapa pencen dicadang memilih salah satu daripadanya untuk dinikmati.

Menurutnya, ada dalam kalangan wakil rakyat dan bekas wakil yang pernah menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mahupun pun menteri yang mempunyai pencen tersendiri.

Anwar turut memberi contoh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang pernah menjawat beberapa jawatan di dalam kerajaan.

“Ada yang menyatakan bekas menteri atau perdana menteri yang ada pencen tiga empat daripada kerajaan iaitu sebagai ADUN, Ahli Parlimen dan menteri. Dari segi moral, pilih satu sahaja, yang ini termasuk Azizah.

“Azizah itu pencen sebagai doktor kerajaan, sebagai ADUN Selangor, ahli Parlimen dan tentunya seorang yang bertanggungjawab maklumkan kepada saya pagi tadi dia akan pilih hanya satu pencen,” katanya ketika berucap menyempurnakan penutupan Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di Ipoh pada Ahad, lapor Sinar Harian.

Hadir sama, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan pimpinan tertinggi kedua-dua gabungan berkenaan.

Sementara itu, Anwar turut membayangkan bahawa bakal calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang perlu menerima skim tanpa pencen untuk wakil rakyat.

Menurutnya, cadangan pemansuhan skim pencen itu harus terpakai kepada ahli politik dan bukan sahaja penjawat awam.

“Saya tidak bersetuju dengan pandangan orang politik perlu dikecualikan tapi seperti biasa saya akan kemukakan pandangan ini tatkala kita mengkaji pemansuhan skim persaraan.

“Saya juga akan menyatakan bahawa yang ia juga harus terpakai kepada orang politik maknanya yang akan menjadi calon pada pilihan raya akan datang harus terima kenyataan bahawa skim mereka tidak termasuk pencen,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini tidak berpencen.

Pengumuman itu mencetuskan polemik apabila tindakan itu tidak dipersetujui kebanyakan rakyat dan pelbagai lapisan pemimpin politik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat