UMNO Bukan Seperti Parti Lain. Tiada ‘Wala’ Kepada Presiden – Tok Mat Hassan

Oleh: Datuk Seri Mohamad Bin Hasan Timbalan Presiden UMNO

Pilihanraya Negeri Johor di adakan atas pelbagai sebab strategik dan bukan kerana ia kehendak ‘kluster’ tertentu dalam UMNO.

Menteri Besar Johor mempunyai sebab tersendiri bagi mendapat mandat baru dan itu bukan urusan parti lain untuk mempersoalkannya.

Beliau diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh parti untuk menasihati Sultan Johor, sesuai keadaan dan keperluan, bagi pembubaran DUN.

Menuduh ‘kluster’ itu dan ini sebagai penyebabnya adalah sangat tidak munasabah. Untuk makluman Istilah2 itu hanya ciptaan musuh UMNO sahaja.

UMNO bukan seperti parti lain. Tiada ‘wala’ kepada Presiden dan tiada seorang yang berkuasa memutuskan segalanya. Ia adalah parti untuk semua dan bukan dikuasai oleh kelompok tertentu sahaja.

Bila UMNO memutuskan menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin, cuma hanya 12 Ahli Parlimen UMNO sahaja yang akur. Demikianlah demokratiknya UMNO.

Bagi mereka yang menggelar UMNO dengan pelbagai gelar, itik, angsa, harimau dan sebagainya, gelarlah dengan pelbagai gelaran apa pun.

UMNO masih lagi parti Melayu terbesar. Malah parti politik terbesar di Malaysia. Kami bangkit semula bukan kerana “ubatan mujarab” PAS.

Tetapi kerana dukungan orang Melayu terhadap UMNO , dan kerana buruknya prestasi kerajaan PH dan PN.

Tanpa UMNO, PAS juga tidak boleh menjadi sebahagian dari Kerajaan persekutuan hari ini. Dan PAS tahu, tanpa UMNO ia tidak akan dapat kekal menjadi sebahagian dalam Kerajaan persekutuan selepas PRU nanti.

Jika PAS merasakan BN itu tidak lagi relevan, kita pulangkan lah kepada rakyat untuk memutuskannya. Dan biarlah rakyat juga memutuskan samada PAS dan PN itu relevan lagi kah atau tidak.