TMJ Cabar Namakan Individu Lain Yang Banyak Menyumbang Kepada Bola Sepak Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar mana-mana pihak atau individu memberinya satu nama yang sudah memberi sumbangan yang lebih daripadanya kepada skuad bola sepak kebangsaan dan arena bola sepak tanah air.

Cabaran itu disuarakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) di laman Instagram milik beliau hari ini selepas ramai mempersoalkan sumbangan beliau dan JDT kepada pasukan kebangsaan dan bola sepak tanah air.

Malah, masih banyak pihak mempersoalkan tindakan beliau mempertahankan keputusan 14 pemain JDT yang menolak panggilan skuad Harimau Malaya menyertai saingan Piala AFF.

Sehubungan itu, Tunku Ismail menyenaraikan 10 sumbangan beliau dan JDT kepada bola sepak negara:

1. JDT menyumbang 16 mata AFC MA Ranking – lebih slot kepada pasukan-pasukan Liga Super ke peringkat Asia.

2. Membantu Malaysia mengutip 32.07 mata ranking FIFA – kedudukan 154 ke 146.

3. JDT meminjamkan pusat latihan kepada skuad kebangsaan dan meminjamkan Stadium Larkin dan Pasir Gudang untuk tujuan latihan dan perlawanan persahabatan pada tahun 2021.

4. Menaja RM1.4 juta – menanam rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bermula Mac 2023.

5. Meminjamkan kanvas stadium untuk menjaga kualiti SNBJ sebelum perlawanan-perlawanan penting pasukan kebangsaan.

6. Memberi sebuah bas rasmi untuk kegunaan pasukan kebangsaan pada 2017.

7. Merombak dan mengecilkan saiz pentadbiran FAM untuk menjaga kewangan FAM.

8. Mengurangkan saman MP Silva terhadap FAM dari RM6.5 juta ke RM1.4 juta dan membayar RM1.4 juta menggunakan duit sendiri untuk menyelesaikan kes saman FAM itu.

9. Membelanjakan RM12 juta duit sendiri untuk melupuskan hutang-hutang lapuk FAM dan menyuburkan program-program akar umbi FAM.

10. Menghantar jurulatih skuad kebangsaan ke Sepanyol untuk perkongsian profesional.

“Sekarang saya cabar, challenge mana-mana pihak atau individu untuk memberi satu nama sesiapa yang telah memberi sumbangan yang lebih daripada saya kepada pasukan kebangsaan dan bola sepak tanah air. Termasuk pemimpin kelab-kelab anda,” tulisnya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat