Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi akan jadi penghubung bagi peniaga dan pekerja – Mustapa

15 Orang Penduduk Setinggan Kwong Tong Dapat Tawaran Rumah DBKL

CYBERJAYA: Susulan lawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ke setinggan Kwong Tong semalam, seramai 15 orang penduduk telah menerima tawaran rumah DBKL. Pada...

UMNO tidak tunduk, dibuli atau dibeli – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan bahawa UMNO bukan parti tidak sedar diri. Malah beliau menegaskan, UMNO bukan parti...

Majlis Presiden PN Berpuas Hati Penjelasan Ordinan Darurat, Pengurusan Darurat Serta Pandemik Covid-19 – PM

CYBERJAYA: Majlis Presiden Perikatan Nasional yang mengadakan mesyuarat pada petang tadi berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat,...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Syed Saddiq Dakwa Menteri Pujuk Sokong PN Jika Mahu MUDA Diluluskan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘memujuknya’ supaya menyokong kerajaan Perikatan...

KUALA LUMPUR: Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) akan menjadi penghubung antara peniaga dan pekerja dengan pihak-pihak seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perrtubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Perlindungan sosial merupakan antara perkara yang diberi keutamaan oleh EAC,” katanya dalam satu kenyataan.

Mustapa berkata demikian selepas meninjau operasi Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, hari ini, untuk mendapatkan maklum balas secara terus daripada para peniaga, pembekal, pemborong dan pelanggan mengenai situasi ekonomi dan kehidupan mereka akibat pandemik COVID-19.

Dalam lawatan tersebut, beliau yang diiringi Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) Sulaiman Mohamed turut mengadakan dialog dengan pekerja dan peniaga di pasar berkenaan.

Beliau berkata, antara isu yang dibangkitkan dalam dialog tersebut ialah perlindungan sosial dan lesen perniagaan.

Menurutnya, ramai pekerja di sini tidak mencarum dalam KWSP dan Perkeso manakala ada juga peniaga tidak mempunyai lesen

Sementara itu Mustapa turut mengucapkan terima kasih kepada DBKL kerana memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya ini bermula 15 November lalu.

“Langkah membenarkan warga kota untuk berniaga kecil-kecilan memberikan impak positif kepada ekonomi ketika negara sedang menghadapi krisis kesihatan.

“Saya mendapat banyak respon positif daripada peniaga dan pekerja di pasar borong ini,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat. Jawapan: Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi...

Berita Berkaitan