PKPB Di KL, Selangor dan Sabah Dilanjutkan Hingga 14 Januari 2021

Lelaki Maut Ketika Buat Aksi TikTok Di Landasan Kereta Api

ISLAMADAB: Seorang lelaki dilanggar kereta api ketika beliau merakamkan aksi berjalan di sepanjang trek untuk aplikasi TikTok, semalam. Menurut polis dan penyelamat, kemalangan itu berlaku...

Peningkatan Kes COVID-19 Kluster Tempat Kerja Membimbangkan – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meluahkan kebimbangannya mengenai peningkatan jumlah kluster membabitkan tempat kerja mutakhir ini. Beliau berkata, sejak...

Protes Rusia: Polis Guna Kekerasan Lerai Demonstrasi

POLIS Rusia menahan lebih 2,500 penunjuk perasaan dan menggunakan kekerasan untuk meleraikan demonstrasi di beberapa bandar di negara itu. Dianggarkan 40,000 penunjuk perasaan tidak menghiraukan...

Bunuh Diri: Lelaki Ditemukan Maut Di Bilik Hotel

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui mati dipercayai bunuh diri, dalam sebuah bilik hotel di Jalan Kuchai Lama, di sini, semalam. Polis menerima...

COVID-19: Percaya Dengan Sirap Herba, Akhirnya Menteri Kesihatan Sri Lanka Disahkan Positif

MENTERI Kesihatan Sri Lanka, Pavithra Wanniarachchi disahkan positif COVID-19. Beliau sebelum ini dikritik kerana menyokong dan mengamalkan minum sirap herba yang dibuat oleh bomoh, kononnya...

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Jan 2021.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan trend dan peningkatan kes positif COVID-19 di kesemua kawasan berkenaan selain kewujudan kluster baharu di Kuala Lumpur.

Pelaksanaan PKPB di tiga negeri berkenaan dan beberapa lokaliti di negeri-negeri lain sebelum ini dijadualkan tamat pada 31 Dis.

Ismail Sabri berkata bagi negeri Selangor, PKPB dilaksanakan di seluruh negeri itu termasuk Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang sebelum ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Di negeri-negeri lain, PKPB turut dilanjutkan melibatkan Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 13 Timur Laut di Pulau Pinang; Seremban, Negeri Sembilan serta Johor Bahru dan Batu Pahat, Johor.

Bercakap pada sidang media perkembangan PKPP di sini, hari ini, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata kerajaan atas nasihat KKM turut membuat keputusan menamatkan PKPB di beberapa lokaliti pada hari ini iaitu lebih awal daripada dijadualkan pada 31 Dis susulan berlaku pengurangan kes di kawasan terbabit.

Antara lokaliti yang ditamatkan PKPB hari ini adalah Ipoh dan Chemor (Perak), Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Kulai (Johor), katanya.

Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Ismail Sabri berkata kerajaan memutuskan untuk melanjutkan perintah berkenaan di beberapa lokaliti sehingga 14 Jan termasuk di Depoh Tahanan Imigresen Langkap dan kuarters di Hilir Perak serta Penjara Kluang dan kuarters di Johor.

Selain itu, beliau berkata kerajaan turut memutuskan untuk melaksanakan PKPD di Madrasah Daril Naim, Mukim Padang Halban, Daerah Peringat di Kota Bharu, Kelantan mulai esok sehingga 11 Jan 2021 selepas terdapat peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di lokaliti itu.

“Sehingga 25 Dis, KKM telah melaksanakan sebanyak 99 saringan dan 29 disahkan positif COVID-19,” katanya.

Beliau berkata PKPD turut dilaksanakan di Kampung Paginatan dan Kampung Maringkan di Ranau, Sabah bermula esok sehingga 11 Jan 2021 atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kedua-dua lokaliti ini yang melibatkan seramai 865 orang penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan juga bersetuju untuk menamatkan PKPD di beberapa lokaliti antaranya Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban yang ditamatkan hari ini serta Kampung Desa Balau dan Kampung Dasar Baru di Lahad Datu, Sabah yang tamat esok.

Dalam pada itu, beliau berkata 297 individu ditahan semalam atas pelbagai kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP), dengan 294 daripadanya dikompaun manakala tiga lagi direman.

Antara kesalahan itu membabitkan aktiviti pusat hiburan (103), tidak memakai pelitup muka (95), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (75), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (21) dan lain-lain (tiga).

Mengenai Operasi Benteng, beliau berkata seramai 22 pendatang tanpa izin dan empat tekong ditahan semalam, manakala empat kenderaan darat dirampas dalam operasi yang diadakan di seluruh negara. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat. Jawapan: Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi...

Berita Berkaitan

Peningkatan Kes COVID-19 Kluster Tempat Kerja Membimbangkan – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meluahkan kebimbangannya mengenai peningkatan jumlah kluster membabitkan tempat kerja mutakhir ini. Beliau berkata, sejak...

PdPR: Gajet, Capaian Internet Sudah Jadi Keperluan Asas Pendidikan – Ibu Bapa

KOTA KINABALU - Alat memudah cara pendidikan seperti capaian internet dan gajet, sudah menjadi keperluan asas dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),...

Pesuruhjaya PAS Terengganu Positif COVID

KUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif COVID-19 hari ini. Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri...