Malaysia, Singapura masih dalam rundingan projek kereta api laju Singapura-Kuala Lumpur – Mustapa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 27 Nov — Malaysia dan Singapura masih lagi dalam proses rundingan terhadap beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Malaysia bagi menambah baik Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur – Singapura (HSR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan hari ini berkata kedua-dua negara mempunyai tempoh sehingga 31 Disember, 2020, bagi melakukan proses rundingan tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada beberapa berita yang diterbitkan baru-baru ini berhubung projek tersebut.

“Kerajaan akan membuat pengumuman selepas kata putus dicapai dan proses rundingan tersebut selesai,” katanya.

Sebuah media tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa Malaysia mungkin akan meneruskan projek kereta api laju itu tanpa kerjasama dengan kerajaan Singapura dengan laluan baharu projek tersebut akan berakhir di Johor Bahru.

Memetik sumber, laporan tersebut turut menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah memaklumkan perubahan tersebut kepada kerajaan Singapura.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat