Kerajaan tak benarkan pengeluaran Akaun Persaraan KWSP untuk kerjakan haji – Hui Ying

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran daripada Akaun Persaraan (Akaun Satu) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), termasuk bagi tujuan mengerjakan ibadah haji.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata langkah itu bagi memastikan ahli mempunyai sekurang-kurangnya Simpanan Asas sebanyak RM240,000 bagi kelangsungan hidup ketika persaraan.

“KWSP adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang diberi mandat oleh kerajaan untuk membantu ahli menyediakan simpanan persaraan demi keperluan dan kesejahteraan hidup pada hari tua,” katanya di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Bagaimanapun KWSP meneruskan dasar membenarkan mereka yang terpilih sebagai jemaah haji mengeluarkan wang simpanan dari Akaun Sejahtera (Akaun II) bagi tujuan mengerjakan ibadah haji.

Beliau menjawab soalan Dr Abdul Ghani Ahmad (PN-Jerlun) sama ada kerajaan bercadang untuk mengubah dasar untuk membenarkan pekerja yang belum mencapai usia persaraan mengeluarkan Akaun Satu (Persaraan) bagi tujuan mengerjakan haji jika pekerja itu sudah terpilih untuk mengerjakan ibadah itu dan jumlah ahli KWSP yang dibenarkan membuat pengeluaran Akaun Dua (Sejahtera) atau Ketiga (Fleksibel).

Hui Ying berkata, Akaun Persaraan, yang sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1, bertujuan sebagai simpanan persaraan, yang membabitkan 75 peratus daripada keseluruhan caruman.

“Walaupun begitu, ahli turut dibenarkan untuk membuat pengeluaran bagi tujuan lain seperti perumahan, insurans hayat, penyakit kritikal, pendidikan, kesihatan (penyakit kritikal dan kesuburan), serta pengeluaran pada usia 50 tahun melalui Akaun Sejahtera.

“Akaun Fleksibel turut diwujudkan bagi membenarkan ahli membuat pengeluaran bagi apa-apa tujuan pada bila-bila masa,” katanya .

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat