Selamat Datang Shamsul, Tawfik – Zahid

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin mencabarnya di kerusi Parlimen Bagan Datuk.

Zahid yang juga presiden UMNO berkata, beliau terbuka untuk mempunyai pesaing dan yakin pengundi Bagan Datuk tidak akan mengundi orang luar.

Ini selepas PKR bercadang meletakkan bekas naib presidennya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk bertanding di Bagan Datuk.

“Saya terbuka. Diucapkan selamat datang. Pengundi Bagan Datuk semestinya akan memilih calon tempatan,” katanya menurut laporan Malaysiakini.

Bekas timbalan perdana menteri itu menjawab permintaan untuk mengulas laporan bahawa Shamsul Iskandar dan bekas ahli parlimen Sungai Benut, Tawfik Ismail, akan bertanding di kerusi Bagan Datuk.

Tawfik merupakan anak sulung kepada timbalan perdana menteri kedua, Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Shamsul merupakan penyandang kerusi parlimen Hang Tuah Jaya di Melaka dan pernah menewaskan ‘gergasi’ politik Melaka, bekas ketua menterinya Tun Mohd Ali Rustam pada pilihan raya umum 2018.

Bagaimanapun, untuk PRU-15, PKR dilaporkan bercadang untuk meletakkan Shamsul Iskandar berdepan Zahid dan tidak mempertahankan kerusi Hang Tuah Jaya.

Dalam laporan sama, Malaysiakini melaporkan, kerusi Shamsul Iskandar di Melaka difahamkan akan ditandingi oleh Ketua AMK (Pemuda PKR) Adam Adli.

Tawfik pula baru-baru ini mengumumkan hasratnya untuk melawan Zahid sebagai calon bebas di bawah platform calon bebas.

Ahli politik berusia 71 tahun itu dipilih sebagai ahli parlimen Sungai Benut pada 1986. Dia keluar UMNO pada tahun berikutnya selepas krisis pemilihan pucuk pimpinan UMNO.

Kedua-dua Shamsul dan Tawfik dijangka berdepan pertarungan sengit menentang Zahid di kubu kuat UMNO, yang dikuasai parti itu sejak pilihan raya umum pertama negara.

Zahid sendiri telah memegang kerusi parlimen Bagan Datuk selama enam penggal berturut-turut sejak pertama kali memenanginya pada 1995, menewaskan setiap pencabar daripada pelbagai parti termasuk PKR, PAS dan Semangat 46.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat