Rahmat dilantik Pengerusi AIAC, letak jawatan Pengerusi Suhakam

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Datuk Dr Rahmat Mohamad akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkuat kuasa Khamis ini.

Beliau bagaimanapun kini merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC Advisory Board) bagi sesi 2023-2025.

Pelantikan beliau itu telah dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada Rabu minggu lalu.

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEU) Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan memaklumkan pelantikan Rahmat adalah bertepatan dengan latar belakang beliau dalam bidang Perundangan Antarabangsa serta pengalaman sebagai Setiausaha Agung yang kelima bagi Asian African Legal Consultative Organization (AALCO).

“Dalam memastikan tata kelola Suhakam berjalan dengan lancar semasa sesi peralihan ini, kerajaan akan melantik pengerusi sementara dalam masa yang terdekat untuk menjalankan tugas sebagai pengerusi sehingga pengerusi baharu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong,” kata bahagian itu pada Isnin.

Rahmat sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Suhakam bagi sesi 2022-2025 telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam gerak kerja suruhanjaya itu sebelum ini termasuklah kejayaan sesi perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suhakam bagi tahun 2020 di Dewan Rakyat pada 12 hingga 14 Jun yang lalu. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat