Hanya Pulau Pinang Tak Boleh Tembus, Lima Negeri Lain Milik PN – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) berpotensi cerah untuk menang di lima negeri kecuali Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Jangkaan itu dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelas Dr Mahathir, Pulau Pinang menjadi satu-satunya negeri yang tidak dapat ditembusi PN, namun gabungan politik itu mampu menang di lima negeri lain iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Kita dapati bahawa sentimen orang ramai bertukar, tidak seperti pilihan raya dahulu. Orang Melayu umpamanya berasas curiga tentang masa depan mereka.

“Terutamanya generasi tualah, generasi lama, kerana mereka lihat kedudukan mereka tidak berubah. Masih miskin dan berasa tertekan, mereka tak dapat direction atau cadangan daripada kerajaan bagaimana untuk mengatasi masalah mereka,” katanya di Langkawi pada Jumaat lapor Kosmo!

Menurutnya, tindakan kerajaan yang memberikan wang dengan pelbagai sebab apabila hampir musim pilihan raya adalah rasuah yang digunakan untuk menarik sokongan orang ramai.

Dalam pada itu, beliau turut menyebut kehadirannya pada program Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini bukan bermakna dia menyertai mana-mana parti, namun akan menyokong mereka kerana mempunyai objektif sama.

“Saya hanya hadir untuk perjumpaan. Saya tidak menyertai PAS, bukan PAS, bukan PN, mahupun Putra. Saya adalah bebas daripada semua parti politik.

“Mereka (PAS) mempunyai objektif yang sama dengan saya, jadi saya akan menyokong mereka. Kami lihat kerajaan sekarang adalah kerajaan yang dipanggil sebagai kerajaan kakistokrasi; kerajaan yang tidak tahu bagaimana hendak memerintah. Jadi kita perlu ubah (kerajaan),” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat