Boleh Pajak, Sewa Bumbung Rumah Kepada Syarikat Pasang Solar Panel Dapat Tambah Duit Poket – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rakyat kini berpeluang menambah duit poket dengan menyewa atau memajak bumbung rumah kepada syarikat-syarikat untuk memasang panel solar dan menjana tenaga.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberitahu, syarikat-syarikat berkenaan akan membayar duit sewaan bumbung kepada pemilik rumah.

“Rakyat biasa juga boleh tambah duit poket dengan pajak atau sewakan bumbung rumah kepada syarikat-syarikat untuk memasang solar panel dan menjana tenaga.

“Syarikat-syarikat ini kemudiannya akan membayar duit sewaan bumbung kepada pemilik rumah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, Kerajaan Perpaduan tidak mahu mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu yang terjebak dengan polemik politik yang akhirnya tiada satu dasar atau rancangan khusus ekonomi untuk rakyat yang membuka peluang baru.

“Bulan pertama saya sebagai Menteri Ekonomi, saya mencari sektor-sektor fokus yang dopat menggabungkan kekuatan sedia ada, mengambil kesempatan mega trend global, dan mengubah asas dan dasar ekonomi Malaysia.

“Tidak sampai setahun, kita telah umumkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) di hadapan para pelabur antarabangsa dan pengurus dana besar semalam sebagai komitmen kita kepada dunia bahawa kita ingin menjadi pemimpin ekonomi serantau dan bukan lagi pengikut,” tegas beliau.

Tambah Rafizi lagi, NETR akan hasilkan 25,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan menjana pelaburan RM25 bilion.

“NETR ini adalah untuk semua kumpulan baik daripada sektor swasta, tenaga kerja dan rakyat biasa,” jelasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat