Kes SRC: Mahkamah Putuskan Najib Bersalah Atas Semua 7 Pertuduhan

- Advertisement -

Kes SRC: Mahkamah Putuskan Najib Bersalah Atas Semua 7 Pertuduhan

Kuala Lumpur – Najib Razak didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bekas perdana menteri itu kelihatan tenang semasa hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membacakan keputusan beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, setelah mempertimbangkan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah ini.

“Saya dapati pihak pembelaan tidak berjaya membantah anggapan mengenai keseimbangan kemungkinan atau menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan terhadap tertuduh di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009,” kata Mohd Nazlan.

Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Disebabkan itu, kata hakim, pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes ke atas Najib melebihi keraguan yang munasabah.

Sementara itu ribuan penyokong Najib Razak berkumpul di perkarangan Mahkamah Jalan Duta hari ini untuk bersolidariti kepada bekas perdana menteri itu.

Mereka lengkap memakai baju biru dan merah tertulis “bossku” sambil melaungkan “hidup bossku” dan “kita sayang bossku”.

Difahamkan, penyokong yang hadir terdiri daripada akar umbi Barisan Nasional (BN), Umno, MIC dan MCA yang mula berkumpul sejak jam 5 pagi.

Antara pemimpin yang hadir Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan, bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman, dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Turut hadir memberi sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chini Mohd Sharim Md Zin dan bekas Menteri Besar Perak Zambry Abdul Kadir, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohd Yusuff selain penyokong Najib dari Pekan, Pahang yang menaiki bas.

“Kami harap keputusan hari ini memihak kepada Najib,” kata Mohamad Khairul dari Chini.

Sementara itu, Napisah Mohamad berkata apa saja keputusan hari ini mereka terima dan berharap ia diputuskan dengan adil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat