Aishwarya Rai, anak pulih Covid-19

- Advertisement -

AISHWARYA Rai dan anak perempuannya Aaradhya yang dimasukkan ke sebuah hospital di Mumbai, India akibat positif Covid-19 dibenarkan pulang Isnin lalu.

Berita gembira itu disampaikan suaminya, Abhishek Bachchan yang memaklumkan hasil ujian Covid-19 yang dijalankan mendapati Aishawarya negatif dan keadaan kesihatannya kembali baik.

” Hasil ujian yang dijalankan Aishwarya dan Aaradya didapati negatif daripada wabak itu dan dibenarkan keluar hospital. Mereka sekarang akan menjalani kuarantin di rumah,” tulis Abhishek dalam satu hantaran di Twitter.

Terdahulu Aishwarya dan Aaradhya dimasukkan ke sebuah hospital pada 17 Julai lalu selepas sukar bernafas dan disahkan positif Covid-19.

Abhishek dan bapanya, Amitabh Bachan juga disahkan positif virus berkenaan dan sebelum ini dimasukkan ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut Abhishek, walaupun isteri dan anaknya dibenarkan pulang, namun dia dan bapanya masih dirawat di hospital terbabit.

“Saya dan ayah masih menjalani rawatan di hospital ini dan dipantau doktor,” katanya

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat