Tak wajar Malaysia terlibat percaturan ‘world affairs’ BlackRock, pimpinan kerajaan tak mungkin naif sangat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pimpinan negara harus berhati-hati demi melindungi Malaysia daripada bersubahat atau menjadi pangkalan dalam percaturan geopolitik kuasa besar, kata Tan Sri Annuar Musa.

Ahli Jawatankusa PAS Pusat itu menegaskan, tidak mungkin pimpinan kerajaan hari ini begitu naif tentang ‘world affairs’ yang melibatkan percaturan kuasa besar khususnya Amerika Syarikat (AS) serta peranan badan-badan pelobi dan konglomerat tertentu.

Menurut beliau, sepanjang mengikuti perkembangan di Parlimen khususnya untuk mendengar penjelasan kerajaan mengenai isu-isu besar khususnya BlackRock dan setakat ini jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz gagal merungkai kebimbangan dan keresahan rakyat.

“Ulasan tentang besar kecilnya modal BlackRock,berapa banyak pelaburannya sana-sini sebelum ini bukanlah justifikasi yang baik mengenai pembelian blok saham yang besar dalam syarikat pengurusan aset strategik negara,Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Malah rakyat semua tahu apa itu BlackRock dan peranannya dalam penguasaan terhadap ‘world affairs’..ia bukan satu rahsia lagi.

“Pimpinan kerajaan tidak mungkin begitu “naif” tentang “world affairs” yang melibatkan percaturan kuasa besar khususnya AS serta peranan badan-badan pelobi dan konglomerat tertentu.Apa lagi syarikat yang diketahui umum menyokong Israel dan telah terlibat membantu “genocide” kejam terhadap rakyat Palestin pada masa ini,” kata bekas Setiausaha Agung Umno itu dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Beliau mengingatkan, pimpinan negara juga harus berhati-hati demi melindungi negara daripada bersubahat atau menjadi pangkalan dalam percaturan geopolitik kuasa besar.

“Pemimpin negara juga harus sensitif kepada dasar negara sebagai Zone Of Peace Freedom And Neutrality (ZOPFAN)yang sekian lama didukung negara kita.

“Kekhuatiran rakyat bukan tidak berasas.Kekecewaan rakyat adalah bersebab.Rakyat tahu penguasaan BlackRock atas MAHB adalah melangkaui pelaburan biasa di bursa terbuka yang lazimnya pada skala peratusan yang kecil.

“Kali ini melibatkan pengurusan aset strategik 39 lapangan terbang negara.

“Perlu diketahui MAHB juga mengurus lapangan terbang luar negara saperti di Turkiye.Satu lagi negara strategik.

“Nah…Apakah terlalu sukar bagi pemimpin negara memahami kenapa MAHB di beli?
Pembelian saham yang besar dalam MAHB tentunya tidak dibuat secara biasa di bursa.Tetapi mungkin melibatkan rundingan yang membabitkan pimpinan negara dalam Khazanah dan MITI,” dakwa Annuar.

Tambah bekas Ahli Parlimen Ketereh itu lagi, ia juga lewat dimaklumkan kepada Kabinet.

“Malah ada anggota Kabinet yang membuat kenyataan terbuka mereka tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

“Lazimnya Kabinet tidak akan “endorse” sesuatu yang tidak dipersetujui atau ada “reservation” ahlinya.

“Justeru terbukti ada kuasa maha besar dalam negara yang tetap mahu menjual blok saham yg besar ini kepada BlackRock.

“Persoalannya…Di manakah negara diletakkan dalam suasana semasa dan dalam situasi percaturan geopolitik yg kian meruncing kini?

“Di barat ada negara(negara bukan Islam) menarik penglibatan mereka dalam syarikat Caterpillar semata mata kerana syarikat berkenaan dikatakan ada kaitan dengan kezaliman Israel.

“Condong ke arah manakah kita sebenarnya? Saya berharap kerajaan membeli semula saham yang dijual itu dan biarlah MAHB kekal dimiliki dan diurus oleh kita sendiri,” saran Annuar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat