Hamas sokong semua tindakan boikot Israel, Anwar bohong ke di Parlimen? – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan kenyataan yang didakwa bercanggah oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat berkaitan kononnya Hamas tidak mempunyai masalah sekiranya Malaysia menjual pegangan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada GIP-BlackRock.

Kata Presiden Bersatu itu, kenyataan bercanggah antara Anwar dan Hamas ini mengundang ragu.

“Anwar sebut di Parlimen siapa yang tolak penjualan saham MAHB kepada GIP lebih Hamas daripada Hamas. Dia kata Hamas tak ada masalah pun.

“Selepas itu Hamas keluar kenyataan menyokong semua tindakan memboikot Israel.

“Adakah Perdana Menteri berbohong di Parlimen? soal Ahli Parlimen Pagoh itu.

25 Jun baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hasil perbincangannya dengan pemimpin Hamas mendapati kumpulan gerakan pejuang Islam tidak mempunyai masalah dengan rancangan penjualan 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada konsortium dimiliki oleh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan GIP.

“Hadir ke Dewan Rakyat pagi ini untuk Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) dan menjawab soalan berkenaan isu saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang dikaitkan dengan firma BlackRock.

“Saya tegaskan tidak timbul isu kononnya lapangan terbang negara dijual kepada syarikat asing, sebaliknya transaksi ini akan meningkatkan penguasaan Kerajaan dalam MAHB tatkala pegangan saham Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lantas meningkat kepada 70 peratus ketimbang pada hanya 41 peratus sebelum ini.

“Saya turut singgung pendirian pembangkang terhadap BlackRock yang tidak konsisten dan berubah-ubah kerana saat berada dalam kerajaan pada 2021, mereka ternyata tidak punyai masalah untuk memilih BlackRock untuk menjadi antara pengurus dana Akaun Terurus Berasingan (SMA) bagi pelaburan KWSP patuh syariah yang pertama dan terbesar di dunia dengan peruntukan sebanyak AS$600 juta (RM2.5 bilion). Malah, saya turut bersetuju dengan tindakan tersebut kerana memahami sebab-sebabnya yang kukuh.

“Saya berbincang dengan pimpinan Hamas, tidak berbangkit pun. ini lebih Hamas daripada Hamas. Ini yang jadi masalah kita,” bidas Anwar.

Bagaimanapun, Pergerakan Hamas pada 26 Jun menggesa negara-negara Islam meneruskan boikot ekonomi dan politik terhadap Israel dan semua pihak yang menyokongnya, dan menyifatkan kempen global setakat ini telah mencapai “kejayaan penting dalam menjejaskan ekonomi entiti itu, mengasingkannya, dan memadamkan legitimasinya”.

Dalam kenyataan itu, Hamas berkata ia menyokong penuh usaha boikot sebagai kaedah “penentangan komprehensif terhadap Zionis”.

“Hamas juga mengesahkan ini merupakan pendiriannya yang tegas dan strategik yang tidak berubah, lebih-lebih lagi ketika pencerobohan kejam dan pembunuhan beramai-ramai setiap hari yang dilakukan terhadap rakyat kami di Semenanjung Gaza.

“Kami menggesa rakyat di negara Arab dan Islam serta rakyat merdeka seluruh dunia untuk menyokong semua usaha ke arah pemulauan dan pengasingan entiti ini dan penyokongnya,” kata kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat