Gempa bumi: Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia di Peru berwaspada

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru sedang memantau rapat bencana gempa bumi dengan magnitud 7.2 yang melanda pantai selatan Peru, hari ini.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata, ia sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesan gempa bumi itu.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Lima, yang terletak di Av General Juan Antonio Pezet 1750 San Isidro, Lima, Peru.

Ia boleh dihubungi melalui telefon: (511) 422 0297/ (511) 441 1939/ (511) 441 0795 atau melalui e-mel di [email protected]/[email protected]. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat