Bantahan Tok Mat wakili majoriti Umno akar umbi – Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembangkang yakin bantahan yang disuarakan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung penjualan 30 peratus pegangan saham Khazanah Nasional dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada GIP-BlackRock mewaikili majoriti ahli Umno di akar umbi.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal malah mendedahkan beliau sempat berterima kasih kepada Mohamad yang juga Menteri Luar itu

“Pada sidang Dewan Rakyat hari ini (semalam) saya sempat bertukar pandangan dengan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) berhubung dasar luar Malaysia di kawasan Asia Tengah, Eurasia dan Russia.

“Saya juga sempat berterima kasih kepada beliau kerana menyatakan bantahan kepada penjualan saham MAHB kepada GIP-BlackRock yang bersubahat membunuh ribuan rakyat Palestin.

“Bagi kami bantahan beliau mewakili majoriti ahli Umno di akar umbi. Syabas dan tahniah Tok Mat! ucap Ahli Parlimen Machang itu.

Sebelum ini, Mohamad Hasan mendedahkan penjualan 30 peratus pegangan saham Khazanah Nasional dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat yang dikaitkan dengan firma pelaburan Amerika Syarikat (AS), BlackRock bukan keputusan Kabinet.

Timbalan Presiden Umno itu juga berkata, beliau berharap keputusan itu dikaji semula.

Justeru ujar Mohamad, menteri dari Umno mendesak syarikat milik kerajaan itu tidak menjual pegangan saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

“Kita beri pandangan selepas ianya diputuskan kerana dia tidak dibawa ke Kabinet, dan ia di bawa ke Kabinet selepas ia diputuskan.

“Jadi kita menteri-menteri Umno memberikan pandangan jika boleh perkara ini tidak diteruskan tetapi transaksi itu sudah terlampau maju.

“Jadi kita tengoklah macam mana, kita pun tidak tahu sama ada diteruskan atau tidak bukan di kalangan kita kerana Khazanah di bawah Kementerian Kewangan,” kata Mohamad.

Bagaimanapun, kenyataan Mohamad disanggah Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kata Zahid, pendirian Umno berhubung rancangan pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) diterajui Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zahid, komen Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, semalam yang berharap penjualan saham MAHB kepada syarikat yang dikaitkan dengan firma pelaburan global, BlackRock, dikaji semula adalah ‘pandangan peribadi’.

“Pendirian Umno jelas… sama dengan perdana menteri.

“Saya jumpa beliau (Mohamad) dan beliau beritahu itu pandangan peribadi,” kata Timbalan Perdana Menteri itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat