Transformasi filem Transformers

- Advertisement -

FILEM terbaru siri Transformers iaitu Transformers : Rise of the Beasts bakal menemui penonton pada 24 Jun tahun depan.

Pastinya ini antara yang dinanti-nantikan peminat filem sci-fi ini walaupun filem Transformers : The Last Knight pada 2017 agak mengecewakan.

Apa yang pasti, Michael Bay tidak lagi diberi tanggungjawab sebagai pengarah dan kali ini ia digalas Steven Caple Jr. yang sebelum ini mengarah filem Creed II.

Untuk watak manusia, ia menampilkan Anthony Ramos sebagai Noah dan Dominique Fishback sebagai Elena.

Penggambaran filem ini baru dimulakan bulan ini seiring dengan pengumuman judul rasminya iaitu Transformers : Rise of the Beasts.

Latar waktu filem ini berlaku pada 1994, iaitu di antara filem Transformers : Bumblebee (latar waktu pada 1987) dan Transformers pada 2007.

 

Anthony Ramos bawa watak Noah manakala Dominique Fishback sebagai Elena. - FOTO Google
Anthony Ramos bawa watak Noah manakala Dominique Fishback sebagai Elena. – FOTO Google

 

 

STEVEN Caple Jr. diberi tanggungjawab sebagai pengarah. - FOTO Google
STEVEN Caple Jr. diberi tanggungjawab sebagai pengarah. – FOTO Google

 

Pada Mac 2019, penerbit Lorenzo di Bonaventura mengumumkan pembikinan filem susulan daripada Bumblebee yang ditayangkan pada Disember 2018.

Pada Januari tahun lalu, pembikinan sekuel filem Bumblebee diumumkan dengan skripnya ditulis Joby Harold, bersama-sama dengan adaptasi siri animasi Transformers : Beast Wars di mana skrip ditulis James Vanderbilt.

Kemudian pada November, Steven Caple Jr. diumumkan sebagai pengarah filem ini yang diterbitkan bersama oleh Hasbro, eOne dan Paramount Pictures.

Transformers : Rise of the Beasts menampilkan watak ‘baru’iaitu Maximals dan Predacons. Maximal adalah asal keturunan Autobots, manakala Predacons adalah keturunan Decepticons.

Tidak ketinggalan watak ikonik Transformers seperti Optimus Prime dan Bumblebee termasuk Arcee, Mirage dan Nightbird.

Watak jahat dalam kalangan Decpticons kali ini ialah Scourge, manakala dalam kalangan Maximals ialah Airazor, Rhinox dan Optimus Primal yang ‘menyamar’ atau boleh bertukar kepada haiwan zaman pra-sejarah.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat