KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Tan Sri Annuar Musa menasihatkan Datuk Seri Rafizi Ramli mencari peluang lain dalam pentas politik.
Annuar malah mengakui peletakan jawatan Rafizi sebagai Menteri Ekonomi sudah dijangka.
Bekas Setiausaha Agung Umno itu menitipkan kata semangat buat Rafizi bahawa kehilangan jawatan bukan petanda berakhirnya sebuah perjuangan.
“Seperti dijangkakan Datuk Seri Rafizi Ramli letak jawatan. Rafizi terima hakikat partinya sendiri yang menolak beliau.
“Kehilangan jawatan,tidak semestinya berakhirnya perjuangan apa yang penting prinsip dipertahankan.
“Tidak mustahil tertutupnya satu pintu,ada lagi pintu lain yang terbuka.
“Tak perlu di ketuk pintu yang tertutup,elok dicari pintu yang terbuka,” ujar Annuar sambil mengucapkan selamat berjuang kepada Ahli Parlimen Pandan itu.