Rafizi bukan wira tapi simbol pemimpin gagal, lari tanggungjawab – Umno Johor Bahru

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Umno Johor Bahru Ahmad Solehin Abd Ghani mendakwa langkah Datuk Seri Rafizi Ramli meletakkan jawatan Menteri Ekonomi bukanlah lambang berprinsip dan berintegriti sebaliknya lakonan politik lari daripada kegagalan sendiri.

Ahmad Solehin bahkan mengingatkan rakyat agar tidak cepat terpedaya hal ini katanya, itu adalah modus operandi seorang bekas propaganda utama Pakatan Harapan (PH) mencipta persepsi dan naratif kononnya bermaruah, walhal sebenarnya sedang cuba mencuci tangan daripada tanggungjawab besar yang tidak mampu ditunaikan.

“Ramai yang teruja dan memuji langkah Rafizi Ramli meletakkan jawatan sebagai Menteri selepas kekalahan dalam pemilihan parti. Kononnya tindakan itu lambang prinsip dan integriti. Namun hakikatnya, ini semua hanya lakonan politik, taktik untuk melarikan diri daripada kegagalan sendiri.

“Rakyat jangan cepat terpedaya. Inilah modus operandi seorang bekas propaganda utama Pakatan Harapan, mencipta persepsi dan naratif kononnya bermaruah, walhal sebenarnya sedang cuba mencuci tangan daripada tanggungjawab besar yang tidak mampu ditunaikan.

“Setelah bertahun-tahun menghasut rakyat, menyebar fitnah dan menyerang peribadi pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN), akhirnya bila diberi peluang menjadi Menteri, Rafizi gagal total.

“Tidak satu pun janji besar yang dicanang sewaktu kempen dapat direalisasikan. Dari isu kos sara hidup, gaji, hingga kepada reformasi ekonomi, semuanya tinggal omong kosong,” dakwanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Tegas Ahmad Solehin lagi, jika benar berprinsip, kenapa perlu tunggu kalah pemilihan untuk letak jawatan?

“Perdana Menteri sendiri tidak memecatnya. Ini bukan soal prinsip, tetapi ini soal lari daripada beban yang beliau sendiri tidak mampu pikul.

“Lebih menyedihkan, beliau sendiri mengaku bahawa beliau tidak selesa dan tidak serasi menjadi Menteri. Bukankah ini satu pengakuan kegagalan yang terang dan nyata? Rakyat beri amanah, beliau pula anggap itu satu beban. Di mana tanggungjawab kepada negara?

“Umno dan BN harus berwaspada. Jangan sesekali tertipu dengan naratif “prinsip” yang kononnya mulia. Rafizi bukan wira, tetapi simbol kegagalan seorang pemimpin yang hebat mencipta persepsi, tetapi kosong dalam penyampaian dasar.

“Akhirnya, watak Rafizi tidak lebih daripada seorang ahli politik yang pandai bercakap, tetapi gagal bekerja. Bukan prinsip yang ditinggalkan, tetapi tanggungjawab,” bidas Ahmad Solehin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat