Puad dakwa Isham syok sendiri, tak pandai hidup berjemaah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi mendakwa Isham Jalil sebagai syok sendiri memandangkan nama beliau tidak tersenarai pun untuk diterima semula menyertai Umno.

Puad menegaskan, Umno tidak akan memujuk dan membentang permaidani kepada ahli-ahli yang dipecat.

“Isham dakwa Umno terdesak mahu tarik balik pemimpin yang dipecat. Dia salah faham kenyataan ahli MKT, Datuk Seri Jalaluddin Alias. Maksud Jalaluddin ialah Umno sedia menerima ahli dan pemimpin yang merayu untuk kembali sertai UMNO. Tengku Razaleigh (Ku Li) contoh terbaik.

“Umno tidak akan memujuk dan bentang permaidani pada mereka yang dipecat. Apatah lagi orang macam Isham Jalil dan lain lain yang tidak reti hidup berjemaah,” tempelak Puad.

Menurut ADUN Rengit itu, dalam mesyuarat MKT sering dibangkitkan beberapa nama yang memohon untuk menyertai semula Umno.

“Isu mereka inilah yang dirujuk oleh Jalaluddin Alias. Ada di kalangan yang merayu ini mohon rayuan mereka diluluskan segera.

“Tetapi MKT tidak mahu tergesa gesa. Justeru tidak timbul Umno terdesak.

“Isham yang syok sendiri. Nama dia memang tidak masuk buku. Buat apa pujuk orang yang tidak hormat konsensus parti. Contohnya Isham. Parti akan punah ranah,” dakwa Puad.

Sebelum ini, ahli MKT Umno, Jalaluddin berkata parti itu bersedia menerima bekas pemimpin dan ahli parti yang telah disingkirkan sebelum ini.

Jalaluddin yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan berkata, ini kerana ada di kalangan mereka yang disingkirkan selepas proses pemutihan mahu menjadi ahli Umno semula selepas melihat keadaan parti itu ketika ini.

Manakala semalam, Isham mendakwa selagi Umno dibawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama DAP yang dilabel UMDAP maka tidak ramai pemimpin dan akar umbi dipecat akan kembali kepada parti itu.

Bekas ahli MKT Umno itu sebaliknya menegaskan, Umno hanya akan mendapat sokongan orang-orang Melayu apabila kembali ke landasan dan perjuangan asal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat