Gag order: Tutup mulut lawan politik langkah keterlaluan, sekat kebebasan bersuara – Zaid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Badan kehakiman dinasihatkan agar berhati-hati mengeluarkan perintah larangan bersuara (gag order) dalam perbicaraan kes berkaitan politik kerana tindakan sedemikian dianggap keterlaluan seolah-olah menghakis hak kebebasan bersuara.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang), Datuk Zaid Ibrahim menegaskan, umum maklum hubungan rapat antara pejabat pendakwa raya dan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

“Hanya mahkamah/kehakiman yang terpisah dan bebas daripada PMO.

“Badan kehakiman adalah harapan terakhir untuk pembelaan maka, kekalkan kebebasan itu dengan mengatakan tidak kepada permohonan untuk perintah gag. Kebebasan bersuara patut dilindungi jika kita mahukan negara yang agak bebas.

“Politik boleh menembusi kuasa kerajaan yang lain jika anda tidak berwaspada dan membuat usaha sedar untuk melindungi diri anda,” katanya di aplikasi X.

Zaid berkata demikian susulan Mahkamah Tinggi di Johor Bahru dan Kuala Lumpur melarang ahli politik Bersatu, Badrul Hisham Shaharin yang dikenali sebagai Chegubard dan blogger propembangkang Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo daripada membuat sebarang kenyataan berkaitan pertuduhan kes hasutan yang dihadapi mereka.

Menurut Zaid lagi, badan kehakiman menjadi harapan terakhir rakyat dalam mempertahankan ‘serangan terhadap kebebasan asas’ dan ia tidak seharusnya dengan mudah memberikan perintah larangan bersuara hanya kerana pihak pendakwaan membuat permohonan.

“Kita semua tahu hubungan rapat di antara pejabat pendakwa raya dan PMO.

“Kami tak naif. Kita ada banyak contoh untuk membuktikannya,” kata Zaid di aplikasi X.

Jelas beliau, hanya badan kehakiman sahaja yang terpisah dan bebas daripada PMO.

“Kekalkan kebebasan itu dengan mengatakan tidak kepada permohonan larangan bersuara (gag order).

“Kebebasan bersuara patut dilindungi jika kita mahu negara secara relatifnya bebas. Politik boleh menembusi cabang kerajaan yang lain jika anda tidak berwaspada dan berusaha secara sedar untuk melindungi diri,” nasihat beliau lagi.

Zaid yang juga pengamal undang-undang berkata mahkamah tidak perlu menggunakan larangan bersuara untuk menguatkuasakan peraturan subjudis.

“Badan kehakiman boleh mengekalkan integritinya dengan menggunakan kuasa menghina mahkamah apabila diperlukan. Itu sudah cukup sebagai pencegahan.

“Perintah larangan bersuara adalah keterlaluan. Keterlaluan bermaksud menggunakan kuasa nuklear untuk menghancurkan lawan politik anda. Biarkan politik yang biasa terus berlangsung,” ujar Zaid.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan blogger, Papagomo untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan pertuduhan menghasut yang dihadapinya.

Papagomo dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 atas hantaran yang didakwa berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di akaun X miliknya, bulan lepas.

Seminggu sebelum itu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru turut mengeluarkan perintah sama terhadap Chegubard.

Dia juga didakwa di bawah Akta Hasutan atas kenyataan yang didakwa berbaur hasutan berkaitan tuduhan projek kasino akan dibina di Forest City, Johor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat