7 Jun tarikh melihat anak bulan Zulhijah di 29 lokasi

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Tarikh melihat anak bulan Zulhijah tahun ini ditetapkan pada petang 7 Jun depan bersamaan 29 Zulkaedah 1445H, di 29 lokasi seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan penetapan tarikh 1 Zulhijah dan 10 Zulhijah (Hari Raya Korban) akan diisytiharkan pada malam 7 Jun melalui siaran radio serta televisyen.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengisytiharkan bahawa tarikh untuk melihat anak bulan Zulhijah ialah pada petang 7 Jun 2024 bersamaan 29 Zulkaedah 1445H.

“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab,” menurut kenyataan itu.

Lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Zulhijah tahun ini ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Manjong di Perak; dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Seterusnya, lokasi di Kedah ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; serta Menara Alor Setar, Alor Setar; manakala di Terengganu pula Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; dan Balai Cerap KUSZA, Setiu.

Di Kelantan, lokasinya ialah Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai; dan Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu; manakala di Sarawak ialah Pusat Falak, Miri; Teluk Bandung, Kuching; dan Tanjung Batu, Bintulu.

Lokasi melihat anak bulan di Sabah ialah Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; manakala di Pahang pula Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Brinchang, Cameron Highlands; dan Menara Kuantan 188.

Empat lagi lokasi ialah Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. – Bernama

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat