Teknologi Angkasa Tingkatkan Kecekapan Pengurusan Sumber Hutan Sabah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Perhutanan Sabah dalam satu majlis menandatangani dokumen tersebut di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi, kelmarin.

Dalam kenyataannya, MYSA berkata pemeteraian MoU tersebut adalah bagi memperkasa kerjasama penggunaan teknologi angkasa dan remote sensing dalam pengurusan sumber hutan secara lestari khususnya kawasan Hutan Simpan Negeri Sabah.

“Kerjasama MYSA dengan Jabatan Perhutanan Sabah ini merupakan kali ke-3 sejak kerjasama di antara kedua pihak dimeterai pada tahun 2013 dan 2017.

“Kerjasama strategik ini juga selari dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti yang direncanakan di bawah Program Eksplorasi Angkasa Malaysia 2030 (MSE2030) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Mei 2023 di LIMA’23,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Ketua Pengarah MYSA Haji Azlikamil bin Napiah dan Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan, telah menyempurnakan upacara menandatangani dokumen MoU.

Tambah kenyataan itu lagi, skop kerjasama tersebut merangkumi pemantauan dan pemetaan kawasan berhutan di seluruh Negeri Sabah berteraskan teknologi angkasa yang merupakan satu pendekatan baharu dalam pengurusan sumber hutan dan pendigitalan maklumat perhutanan.

“Melalui kerjasama ini, beberapa pakej Sistem Aplikasi telah dibangunkan khusus untuk membantu pihak Jabatan Perhutanan Sabah dalam pengurusan sumber hutan iaitu Sistem iForSABAH bagi pengurusan dan pemantauan litupan hutan serta Sistem e-PESISIR yang memfokuskan pemantauan kawasan pesisiran pantai negara.

“Penggunaan teknologi angkasa memberikan impak yang sangat signifikan dalam pengurusan sumber hutan khususnya bagi membantu pihak Jabatan Perhutanan Sabah dalam membuat pemetaan dan pengemaskinian litupan hutan secara tepat dan berkala setiap dua tahun sejak 2010.

“Pengoperasian sepenuhnya sistem-sistem aplikasi yang telah dibangunkan juga telah mengurangkan kos operasi di lapangan sehingga 40% dan menjimatkan masa pelaksanaan kerja,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat