Hari Keputeraan Agong ditangguh kali kedua, perang Covid-19 belum selesai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullaj Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menangguhkan semua acara sempena ulang tahun keputeraan baginda yang dijadualkan Jun ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini.

“Penangguhan ini susulan peningkatan ketara jumlah kes jangkitan harian dan kematian baru Covid-19 serta pelaksanaan PKP 3.0 seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

“Ini merupakan penangguhan kali kedua semua acara sempena ulang tahun hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda, tahun lalu juga akibat Covid-19.

“Walau bagaimanapun, tarikh 7 Jun tetap diisytihar sebagai hari kelepasan am atau cuti umum,” katanya.

Dalam pada itu, dimaklumkan penangguhan ini adalah atas titah perkenan Baginda setelah mengambil kita faktor keselamatan dan kesihatan umum serta melindungi nyawa rakyat demi mengelakkan krisis kesihatan lebih buruk.

“Perkenan ini juga sebagai langkah perlindungan kerana negara masih lagi menghadapi dan memerangi wabak Covid-19,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat