Dikritik Tidak Sensitif Dan Guna Kalimah ‘Allah’ Dalam Lirik Lagu, Jay Park Mohon Maaf

- Advertisement -

Isu agama merupakan satu isu yang sensitif dan Nike pernah diminta tarik balik model Air Max 270 dari pasaran kerana logo yang digunakan mirip kalimah Allah. Kini, Jay Park seorang rapper dari Korea Selatan yang pernah berkolaborasi dengan penyanyi tanahair Malaysia seperti Yuna dan Joe Flizzow dilanda kontroversi berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.

Kecoh di Twitter apabila orang ramai mengkritik Jay Park dan mendakwa beliau tidak sensitif serta menyinggung perasaan orang Islam apabila menggunakan kalimah Allah dalam lirik lagunya, Mukkbang.

 

 

 

 

Rata-rata mendakwa Jay Park tidak seharusnya bertindak sedemikian dan menyedari tindakannya menggunakan kalimah Allah dalam lirik lagu tersebut menghina agama Islam.

Mendapat kritikan ramai terutama sekali mereka yang beragama Islam, Jay Park dalam satu kenyataan di Twitter miliknya telah meminta maaf kepada orang Islam. Pada awalnya, beliau tidak nampak kesalahannya menggunakan khalimah tersebut dan tidak sedar ia adalah sesuatu yang sensitif.

 

Akan tetapi, membaca komen-komen yang diberikan barulah beliau sedar akan kesalahan dilakukan itu menyinggung perasaan orang beragama Islam. Malah, Jay Park turut mengakui bahawa peminat datang dari seluruh dunia dan perlu ‘mengambil sesuatu secara berbeza’ bergantung pada perspektif mereka.

Tidak mahu memanjangkan kontroversi ini, Jay Park berharap semua pihak dapat ‘move on’ daripada salah faham yang tercetus ini. Ketika kontroversi ini tercetus, nama Joe Flizzow turut terkait kerana pernah berkolaborasi bersama Jay Park dalam satu lagu.

Akan tetapi, Joe Flizzow menjelaskan dalam lagu ‘Twisted Dream’ yang turut menggunakan kalimah Allah dinyanyikan oleh Jay Electronica yang beragama Islam. Maka, sewajarnya tiada isu perlu dibangkitkan akan hal ini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat