Pergolakan Negeri Sembilan tak sekat Aminuddin, terus kerja seperti biasa

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Aminuddin Harun terus komited dan berdedikasi menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan seperti biasa meskipun ditekan konflik pentadbiran ketika ini.

Aminuddin hari ini meneruskan lawatan ke sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Port Dickson melalui Program Serahan Sumbangan Pemangkin Kecemerlangan SPM 2026. Kali ini saya melawat Sekolah Menengah Agama Telok Kemang (SMATKEM).

“Sekolah ini mencatatkan pencapaian yang membanggakan dengan 42 calon SPM, peningkatan GPS daripada 2.36 kepada 2.13, dan meletakkan sasaran lebih baik iaitu 1.89 pada tahun ini. Lebih membanggakan, sekolah ini berjaya mengekalkan 100 peratus kelayakan sijil selama empat tahun berturut-turut.

“Saya menasihatkan anak-anak pelajar agar terus berusaha dari awal dan konsisten, tidak menunggu saat akhir untuk membuat persediaan. Kejayaan memerlukan disiplin, kesungguhan dan pengorbanan.

“Pada masa yang sama, peranan ibu bapa juga amat penting dalam membentuk generasi yang cemerlang. Pengorbanan hari ini, Insya-Allah akan membuahkan hasil yang membanggakan pada masa hadapan,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat