Mustahil pisahkan BN-PH di Sabah – Salleh Said Keruak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mendedahkan ada cubaan mahu pisahkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Sabah.

Kata beliau, kononnya PH boleh diterima sedangkan BN tidak.

“Ini tidak logik.

“BN dan PH adalah tunjang Kerajaan Madani di peringkat pusat.

“(Justeru) mustahil dipisahkan kerana matlamat mereka sama — kestabilan, pembangunan, dan masa depan rakyat,” ujar Bendahari Umno Sabah itu.

Mengulas lanjut, Salleh menyatakan kalau mahu ikut model Sarawak, semua parti nasional, termasuk BN dan PH, harus ditolak.

Tetapi katanya Sabah berbeza.

“Di Sabah, kestabilan datang daripada kerjasama BN, PH, dan parti tempatan.

“Apa yang penting, kita berpijak di bumi nyata, bukan ikut naratif songsang.

“Bahkan, yang penting sekarang ialah kestabilan dan masa depan rakyat, bukan politik perpecahan.

“Kestabilan bukan datang dari memilih sebelah, tetapi dari berpadu atas matlamat bersama,” tegas Adun Usukan itu lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat