Konflik Sudan: 30 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air

SEPANG – 30 rakyat Malaysia yang terperangkap dalam konflik di Sudan telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari ini jam 4.15 petang.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, operasi tersebut turut terlibat dalam usaha menyelamatkan tiga lagi rakyat daripada negara lain termasuk Palestin, Filipina dan Thailand.

“Ops Sudan secara dasarnya sudah selesai cuma kita masih terus mengikuti perkembangan ini kerana berdasarkan kepada jumlah rakyat Malaysia yang telah berdaftar dengan kita, itu adalah bilangannya.

“Sekiranya ada lagi bilangan rakyat Malaysia (di Sudan) yang belum mendaftar, jadi kita harap dari masa ke semasa mereka akan dapat menghubungi kita untuk kita lakukan usaha seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Pada Khamis, Zambry berkata, 30 rakyat Malaysia yang diselamatkan dari Khartoum, dijadualkan pulang hari ini.

Dalam pada itu, menurut beliau, kerajaan akan menutup kedutaan Malaysia di Sudan buat sementara waktu susulan konflik di negara berkenaan.

“Buat sementara ini, kita akan menutup (kedutaan) dan urusan kedutaan kita akan dikendalikan daripada Kaherah, Mesir,” ujarnya. – Sinar

 

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat