Pengoperasian Sekolah Dikemaskini – Radzi

Menteri Kanan Pendidikan, YB Senator Dr. Radzi Jidin. Gambar Fail

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengemas kini pengoperasian sekolah selaras dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin beberapa ketetapan terkini tentang pengoperasian sekolah.

Antara pembaharuan yang ditetapkan ialah pelawat tidak perlu imbas kod MySejahtera di sekolah, pemakaian pelitup muka diwajibkan di ruangan tertutup sekolah bermula.

Manakala bagi SOP sekolah tiada lagi ujian kendiri COVID-19 seperti sebelum ini namun dilaksanakan bagi mereka bergejala.

“Penjarakan fizikal dalam kelas dimansuhkan; kehadiran pelajar ke sekolah kembali diwajibkan seperti sebelum pandemik melanda, kecuali kes tertentu.

“Pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum dibenarkan,” katanya.

Selain daripada itu, ibu bapa dibenarkan melawat anak mereka di asrama mulai 1 Mei.

“Pendaftaran secara fizikal sekolah bagi Tingkatan 1 dan 4 pada 13 hingga 16 Mei ini.

“Pemakaian baju seragam sekolah diwajibkan semula mulai sesi persekolahan penggal kedua 12 Jun ini,” umum beliau.