Zahid Doa Pelajar Yang Mula Balik, Selamat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendoakan keselamatan kesemua pelajar IPT yang mula bergerak balik ke kampung masing-masing secara berperingkat malam tadi.

Proses penghantaran pulang pelajar itu melibatkan pelajar dari zon tengah ke zon utara.

Presiden UMNO dan Pengerusi BN itu menasihatkan semua pelajar yang terlibat agar mematuhi arahan (pihak berkuasa) sepanjang proses tersebut.

Dalam sidang media harian mengenai Covid-19 semalam, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menyebut bahawa pelajar yang dihantar balik tidak dibenarkan untuk membeli makanan dan bas hanya berhenti untuk tujuan membuang air sahaja.

Dua syarikat swasta, Marrybrown dan Gardenia bagaimanapun, bermurah hati menyumbang makanan untuk pelajar terlibat dalam perjalanan – Twitter ZahidHamidi

Sumber gambar: Astro Awani

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat