‘Farid cuba pujuk, tapi Diana ‘keras’ sikit’ – Peguam

- Advertisement -

Shah Alam: “Benda yang boleh selesai secara baik, cubalah mengislahkan (usaha untuk memperbaiki keadaan),” kata Hakim Syarie Shukran Yusof yang meminta pasangan selebriti, Farid Kamil, 42, dan Diana Danielle, 32, untuk berdamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid ketika ditemui pada sebutan semula kes cerai pasangan itu selepas media tidak dibenarkan masuk kerana kamar mahkamah penuh.

Hari ini berlangsungnya sebutan kes bagi Farid memaklumkan kepada mahkamah wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang akan mewakilinya.

Menurut Fakhrul, anak guamnya ada cuba memujuk Diana tetapi pelakon itu enggan memberikan kerjasama.

“Pendengaran di mahkamah hari ini mengenai lantikan wakil JKP di mana Farid melantik kakaknya. Farid ada cuba pujuk tetapi Diana macam ‘keras’ sikit (gagal dipujuk).

“Proses JKP akan berlangsung di pejabat agama Shah Alam, namun tarikhnya pasangan itu akan menentukan. Seterusnya proses hakam (kalau JKP tidak mencapai persetujuan) dan mahkamah akan menentukannya,” katanya.

Berikutan itu mahkamah kemudian menetapkan 30 Mei ini bagi pihak-pihak mengemukakan laporan JKP berhubung konflik rumah tangga mereka.

Sementara itu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson melantik pengurusnya bagi mewakili dirinya, manakala Farid melantik kakaknya.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit akan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sekiranya JKP tidak dapat menemui jalan penyelesaian atau mendapati bahawa berlaku shiqaq, perbalahan berpanjangan) maka Mahkamah Syariah akan melantik hakam yang akan memberikan kata putus bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan terbabit.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat