Kerajaan pertimbang cadangan BERSIH reformasi institusi – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan Perpaduan terbuka kepada sebarang rekomendasi atau saranan pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) khususnya dalam penambahbaikan proses pilihan raya dan reformasi institusi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah menerima memorandum daripada BERSIH di Putrajaya oleh pimpinan BERSIH yang diketuai oleh Mohammad Faisal Abdul Aziz.

Menurut Presiden PKR itu, beberapa saranan pihak BERSIH menjadi perhatian beliau dan terdapat antara cadangan dalam memorandum tersebut telah pun berada dalam pertimbangan dan tindakan Kerajaan Perpaduan.

“Dialog serta ruang bertukar pandangan seperti ini penting bagi memahami aspirasi masyarakat sivil serta cabaran yang dihadapi oleh kerajaan khususnya dalam isu yang dikemukakan dalam memorandum ini.

“Pendekatan yang lebih inklusif dalam mendengar sendiri pandangan masyarakat sivil seperti BERSIH diharap dalam meningkatkan lagi sinergi masyarakat sivil dengan kerajaan dalam proses demokrasi negara.

“Selain itu, dalam pertemuan ini saya juga turut menekankan kepentingan mengukuhkan pendidikan politik dan meningkatkan literasi politik dalam kalangan masyarakat ke arah politik Malaysia yang lebih baik,” katanya.

BERSIH semalam berkata, tindakan berhimpun di luar bangunan Parlimen menjadi ‘langkah pertama’ dalam usaha mendesak Kerajaan Perpaduan melaksanakan reformasi.

Pengerusi BERSIH Faisal Abdul Aziz, berkata pihaknya menuntut pelaksanaan reformasi 100 peratus, terutama melibatkan sistem pilihan raya dan institusi utama.

“Kami menggesa kerajaan menyediakan garis masa dan hala tuju bagi pelaksanaan reformasi bagi manfaat rakyat.

“Kami juga mahu kerajaan berhenti mengamalkan pemberian melepas tanpa membebaskan kepada mana-mana ahli politik yang dituduh kerana rasuah dan salah guna dana,” katanya sambil menambah layanan dwi standard mesti ditolak.

“BERSIH dan rakyat Malaysia masih menunggu alasan di sebalik mengapa (bekas perdana menteri) kes Datuk Seri Najib Razak diutamakan berbanding ratusan lain yang memohon pengampunan diraja,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat