T20 Nikmati Subsidi Petrol, Diesel, LPG RM17.8 Bilion Pada 2022

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tahun 2022 sebanyak 35 peratus golongan kaya (T20) menikmati subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) dengan nilai RM17.8 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata bagi kategori B40 pula, sebanyak 24 peratus golongan berkenaan memanfaatkan subsidi terbabit, manakala M40 membabitkan 41 peratus.

“Jika kita tidak mahu lagi T20 mendapat subsidi petrol, diesel dan LPG, kerajaan boleh menjimatkan sebanyak RM15 bilion hingga RM17 bilion.

“Jadi Ahli Yang Berhormat boleh membayangkan berapa banyak perkara lain yang kita boleh gunakan daripada RM15 bilion hingga ke RM17 bilion itu untuk membantu rakyat dalam pelbagai perkara dan urusan di 26 kementerian,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) sama ada penggunaan pangkalan data bersepadu dalam mekanisme subsidi bersasar benar-benar berkesan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat