‘Nasihati, tunjuki saya jika ada khilaf’ – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Diberi kepercayaan sekali lagi sebagai Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang tidak menjadikan penyandangnya mendabik dada sebaliknya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta ahli Umno di bahagian itu menegur kekurangan beliau.

Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi menyeru ahli-ahli Umno di Pasir Gudang menggembleng tenaga mengembalikan Umno ke landasan perjuangannya.

“Saya mengucapkan terima kasih sedalamnya kepada semua ahli Umno Pasir Gudang kerana memberi kepercayaan untuk saya terus menerajui Umno Bahagian. Ia adalah tugas yang akan saya laksana dengan sebaik pertanggungjawaban insyallah.

“Jika ada yang terkurang, nasihatilah. Jika ada yang khilaf, tunjuki saya jalan yang benar dan betul,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Tegas Menteri Pendidikan Tinggi itu, usaha dan kekuatan bersama ahli Umno adalah sangat penting saat parti itu di ambang pelbagai cabaran.

“Seruan saya ialah kita berusaha mengembalikan Umno ke landasan asasinya.

“Sebagai sebuah parti kebangsaan demi menambahbaik nasib dan masa depan bangsa dan tanah air,” ucap beliau.

Khaled malah menyeru agar ahli Umno menghindari segala perpecahan.

“Banyakkan bekerja, berkhidmat dan menyumbang.

“Insyallah, dengan pendirian sedemikian, Umno akan kembali di yakini oleh orang Melayu sebagai jurucakap terbaik bangsa,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat