Juara baharu fotografi mudahalih

- Advertisement -

Pengeluar telefon pintar terkemuka, Honor mengumumkan empat peranti baharu mereka termasuk dua daripada adalah kelas perdana sempena Persidangan Mudahalih Sedunia (MWC) di Barcelona, Sepanyol, sebentar tadi.

Menerusi pengenalan di peringkat global itu, dua peranti kelas perdana berkenaan adalah Honor Magic5 Pro bersama peranti skrin boleh lipat Honor Magic Vs.

Pada masa sama, dua lagi peranti adalah variasi Honor Magic5 dan Honor Magic5 Lite untuk pengguna.

Menerusi peranti Honor Magic5 Pro berkenaan, peranti kelas perdana baharu mereka yang dikuasakan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2.

Pengenalan Honor Magic5 Pro berkenaan sekali gus menjadi pengganti kepada generasi terdahulu iaitu Honor Magic4 Pro yang dikuasakan dengan kamera tetapan tiga lensa.

Menyentuh aspek spesifikasi Honor Magic5 Pro, ia dikuasakan dengan memori (RAM) 12GB bersama storan 512GB.

Pada masa sama, peranti ini menggunakan paparan LTPO dengan saiz 6.81 inci bersama-sama resolusi 1312 x 2848.

Peranti ini juga mempunyai kadar kecerahan (nits) maksimum 1800 nits dan kadar segar semula 120Hz sesuai untuk pengalaman kepenggunaan yang pebih baik khususnya untuk permainan mudahalih.

Pada kali ini, Honor memperkenalkan sistem kamera ‘Falcon’ yang dikuasakan dengan lensa utama 50 megapiksel (MP), lensa ultra lebar 50MP dan lensa periskop 50MP.

Sistem kamera yang diperkenalkan turut dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan iaitu ‘AI Motion Sensing’ sekali gus memberikan rakaman imej lebih jelas tanpa kekaburan.

Untuk peranti ini, Honor turut melakukan perubahan menerusi rekaan bateri baharu iaitu bateri ‘karbon silikon’ yang memberikan jangka hayat lebih lama berbanding bateri binaan graphite.

Ketua Pegawai Eksekutif Honor Device Co LTD, George Zhao berkata, pihaknya berkomited memenuhi kehendak sebenar pengguna dengan mengambil pendekatan berpusatkan manusia dalam inovasi produk, selain menawarkan penyelesaian teknologi intuitif untuk menambahbaik kehidupan seharian manusia.

Zhao berkata, telefon pintar flagship terbaharu Honor Magic5 Pro dan telefon boleh lipat kelas perdana terbaharu HONOR Magic Vs kini dilancarkan di pasaran dunia.

Menurutnya, ini mendorong penanda aras industri dalam setiap aspek pengalaman pengguna telefon pintar, sejajar dengan visi kita untuk membolehkan setiap individu menjalani kehidupan pintar.

Spesifikasi Honor Magic5 Pro

 

  • Pemproses: Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2
  • RAM: 12GB
  • Storan: 512GB
  • Kamera: 50MP + 50MP + 50MP
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat