Bajet 2023 Tidak Melambangkan Aspirasi Madani – Zuraida

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pembentangan Bajet 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan telah mendapat reaksi negatif masyarakat umum dan tidak melambangkan konsep aspirasi Madani.

Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraidah Kamaruddin berkata, “Madani” seharusnya bercitrakan sebuah masyarakat sivil (civil society) yang mampan, namun tidak dizahirkan dengan jelas apabila Bajet 2023 ini gagal untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan negara secara holistik.

“Kerajaan Persekutuan harus mempunyai semangat “Federalism”, yang mana, setiap peruntukan atau perancangan harus melibatkan semua pihak di dalam Persekutuan Malaysia, tanpa sebarang elemen pilih kasih.

“Namun, apabila sentimen politik dijadikan sebagai salah satu faktor yang menentukan perancangan kerajaan, kita dapat melihat negeri-negeri pembangkang seperti Terengganu, Kedah dan Kelantan secara jelas dipinggirkan.

“Peminggiran secara terancang ini seolah-olah mahu menghukum negeri yang ditadbir pemimpin pembangkang, tanpa memikirkan kesan terhadap rakyat,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Menurut bekas Ahli Parlimen Ampang itu berkata, langkah penjimatan yang dicanang-canang oleh PM-X sebelum ini juga tidak nampak berlaku kerana pengurangan yang dibuat dari sudut peruntukan ahli parlimen kerajaan (dari RM 3.8juta kepada RM 1.3 juta) dan tiada langsung peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang, hanya akan membebankan rakyat.

“Selain itu, perlu juga dipersoalkan mengapa peruntukan Pejabat Perdana Menteri yang bernilai RM 223.5 juta pada Bajet 2023 (Oktober 2022) tiba-tiba meningkat kepada RM 289.14 juta pada Bajet 2023 (Februari 2023) berlaku, sedangkan kerajaan pada ketika ini ingin benar berjimat?

“Setakat ini kita tidak nampak sebarang penjimatan yang signifikan kepada kewangan negara, tetapi yang “dijimatkan” adalah perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh membawa manfaat terus kepada rakyat,” ujarnya lagi.

Justeru itu beliau menyarankan agar pihak kerajaan persekutuan menitikberatkan kebajikan rakyat, termasuk inisiatif seperti pengeluaran bersasar KWSP bagi golongan yang tidak berkemampuan dan telah kehilangan kerja.

“Ternyata, Bajet 2023 yang dibentangkan oleh PM-X (Merangkap Menteri Kewangan) ini gagal untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan akan lebih mendatangkan beban kepada masyarakat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat