Peruntukkan RM5.333 bilion kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Perbentangan Belanjawan 2023 Jumaat lepas adalah peruntukkan yang tertinggi diperolehi berbanding kerajaan-kerajaan sebelum ini.
Belanjawan 2023 jelas menunjukkan bahawa kerajaan serius untuk meletakkan semula Malaysia di landasan yang betul supaya negara boleh bergerak maju ke hadapan.
Tujuh bidang menjadi fokus utama kementerian Perumahan Kerajaan dan Tempatan (KPKT) merangkumi aspek Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kemampanan Bandar, Pengurusan Sisa Pepejal serta Perkhidmatan Kebombaan dengan lebih cemerlang, demi kesejahteraan rakyat.
Sudah pasti bagi mengukuhkan agenda kesejahteraan rakyat dan mengetengahkan nilai-nilai MADANI dalam menentukan hala tuju negara, menyemai harapan dan membina keyakinan rakyat menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) KPKT di bahu Menterinya, Nga Kor Ming.
Pada Belanjawan 2023 yang diumumkan lepas, terdapat 11 inisiatif bakal melibatkan KPKT.
Antaranya pengantian lif-lif usang di Program Perumahan Rakyat (PPR) yang tidak diselengara dengan baik. Bagi mkepempercepatkan proses perolehan, had sebut harga perolehan kerja penyelerangaan dan pembaikkan lif telah ditingkatkan kepada RM1.2 juta berbanding RM500 ribu.
Sudah pasti program pengantian lif-lif usang bakal memberi kelegaan dan ia bagi mempastikan penghuni PPR selamat ketika menggunakan lif.
Kerajaan juga akan membina PPR baharu yang bakal memberi manfaat kepada 12,400 bakal penghuni dengan peruntukkan RM367 juta. Kerajaan Madani juga akan membina Rumah Mesra Rakyat (RMR) sebanyak 4,250 unit di bawah Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB). Dengan pembinaan PPR dan RMR yang baharu ini, ia adalah bagi mempastikan rakyat yang tiada rumah dapat memiliki rumah sendiri pada masa akan datang.
Nasib penjaja kecil yang kebanyakkan orang Melayu tidak dipandang sepi oleh kerajaan Madani. Sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi kemudahan dan peniaga kecil.
Kerajaan Madani akan membina dan menaiktaraf melibatkan 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara.
Bagi menyokong rakyat memiliki rumah, kerajaan Madani telah menyediakan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga RM5 bilion dan pengeculian duti setem 100 peratus bagi pemilikan rumah pertama bagi rumah bernilai RM500 ribu ke bawah dan pengeculian duti setem 75 peratus untuk rumah bernilai lebih RM500 ribu hingga RM1 juta.
Dengan keadaan iklim yang tidak menentukan di seluruh dunia termasuk negara Malaysia sekarang, kerajaan Madani memberi fokus untuk memperkasakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM).
Sebanyak RM206.64 juta bakal diterima oleh JBPM.
RM46.51 juta bagi perolehan peralatan dan kelengkapan bagi meningkatkan kecekapan dan kesiapsagaan JPBM. Ini adalah peningkatan 5 kali gana berbanding tahun 2022.
Tidak pada itu, sebanyak RM129.93 juta akan dibelanjakan bagi membina bangunan JPBM yang baharu di seluruh Malaysia. Bilik siapsiaga di balai bomba yang sedia ada juga akan dinaiktaraf.
Kerajaan Madani juga tidak melupakan jasa kepada pasukan mencari dan menyelamat di dalam misi di Turkiye dan Syiria. Atas nama kemanusiaan, mereka akan diberi elaun khas RM100 sehari kepada mereka yang terlibat dalam misi menyelamat tersebut.
Mempastikan anak-anak tidak keciciran dalam pembelajaran, Kerajaan Madani memperuntukkan RM15 juta untuk NGO yang mengadakan kelas pemulihan untuk anak-anak-anak yang masih tercicir dalam pembelajaran di PPR.
Bagi mempergiat aktiviti ekonomi rakyat, kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi penghuni PPR dan 56 PPR selepas ini akan mendapat capaian internet percuma. Ini semua bagi mempastikan suasana PPR yang lebih manusiawi seiring dengan slogan “Malaysia Madani” Perdana Menteri.
Pembaharuan dalam Belanjawan 2023 juga adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap cabaran yang dihadapi rakyat dalam membina masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.
KPKT bawah Nga Kor Ming sudah pasti akan melakukan yang terbaik bagi mempastikan agenda memperkasakan dan memperkukuhkan kesejahteraan rakyat menjadi fokus utamanya.