Aurzen ZIP: Projektor Tri-Lipat pertama dunia kini dilancarkan di Malaysia 

KUALA LUMPUR, 27 November 2025 – Pasaran gajet Malaysia sekali lagi dimeriahkan dengan kehadiran sebuah inovasi baharu yang dijangka menjadi peranti pilihan pengguna yang mengutamakan hiburan bergerak. Aurzen, jenama global yang semakin menyerlah dalam kategori projektor pintar, secara rasmi melancarkan dan membuka jualan Aurzen ZIP, projektor tri-lipat pertama dunia yang memenangi CES Innovation Award 2025. Dengan gabungan reka bentuk ultra-kompak dan teknologi optik terkini, ZIP direka untuk memberi kebebasan hiburan skrin besar di mana sahaja pengguna berada.

Aurzen ZIP membawa pendekatan yang jarang dilihat dalam industri projektor mudah alih. Peranti ini menggunakan mekanisme tri-fold berbentuk Z, membolehkan keseluruhan tubuh projektor dilipat sehingga mencapai saiz hanya 84 x 78 x 26 mm. Dengan berat 280 gram, ZIP lebih kecil daripada kebanyakan telefon pintar dan boleh dimasukkan terus ke dalam poket seluar atau ruang kecil dalam beg galas.

Menariknya, lipatan itu sendiri berfungsi sebagai kaki sokongan terbina dalam, membolehkan sudut unjuran dilaraskan dengan cepat tanpa perlu membawa tripod atau aksesori tambahan.

Salah satu aspek teknikal yang paling menonjol pada Aurzen ZIP ialah penggunaan teknologi Time-of-Flight Autofocus generasi baharu. Sistem ini mengesan jarak dan perubahan kedudukan sebanyak 30 kali sesaat, memastikan paparan sentiasa berada dalam fokus sempurna walaupun projektor digerakkan atau dialihkan sudutnya.

Ini menjadikan ZIP lebih praktikal untuk kegunaan on-the-go, terutamanya dalam senario seperti pembentangan spontan, tontonan di ruang sempit, atau situasi di mana pengguna tidak mahu membuang masa melaraskan fokus secara manual.

Satu lagi ciri yang menjadikan ZIP menarik di pasaran Malaysia ialah fungsi AirLink. Tidak seperti kebanyakan projektor mudah alih yang memerlukan persediaan aplikasi atau sambungan Wi-Fi, AirLink menawarkan mirroring satu klik yang berfungsi secara terus dengan iOS, Android, Windows dan macOS.

Ciri ini sangat berguna untuk pengguna yang kerap bekerja dari luar, pelajar yang mahu berkongsi bahan kuliah, atau mereka yang mahu menonton video telefon terus pada skrin besar tanpa sambungan internet.

Menyedari dominasi kandungan video menegak, Aurzen melengkapkan ZIP dengan giroskop terbina untuk menyokong Vertical Full-Screen Mode. Dengan fungsi ini, video menegak seperti TikTok, YouTube Shorts dan Instagram Reels boleh dipaparkan pada skrin besar tanpa bar hitam.

Fungsi ini menjadikan ZIP antara projektor mudah alih pertama yang benar-benar mengambil kira gaya tontonan moden, sesuai untuk generasi pencipta kandungan dan pengguna aktif media sosial.

Dalam kategori projektor poket, ketahanan bateri selalu menjadi faktor penting. Aurzen ZIP hadir dengan kapasiti bateri 5000mAh yang mampu bertahan sehingga 1.5 jam tontonan. Walaupun angka ini sejajar dengan saiz fizikalnya yang kecil, ZIP menyokong pengecasan pantas 24W PD melalui USB-C, membolehkan pengguna menambah kuasa dengan lebih cepat antara sesi penggunaan.

Aurzen ZIP akan mula dijual di Malaysia pada 5 Disember 2025 dengan harga RM1,899. Produk ini boleh didapati melalui pengedar sah Aurzen serta kedai rasmi dalam talian di Shopee dan Lazada melalui MBase Marketing, kumpulan CenturyX Malaysia.

Aurzen ialah inovator global dalam teknologi projektor pintar. Dengan kepakaran dalam kejuruteraan optik dan perisian intuitif, Aurzen menghasilkan produk yang membawa pengalaman skrin besar ke mana-mana ruang. Syarikat ini merupakan pelopor projektor tri-lipat mudah alih pertama dunia melalui model Aurzen ZIP. Reka bentuknya telah menerima pengiktirafan antarabangsa termasuk iF Design Award, Red Dot Award, G-Mark Award dan IDEA Award.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat