Telur Nyaris Ditanduk, Nasib Baik Kerajaan Akur Tuntutan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 peringkat dasar yang diluluskan semalam berada dalam situasi telur nyaris ditanduk,” kata Datuk Dr Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggambarkan, mula mula telur di hujung tanduk.

Namun, katanya, apabila nyaris ditanduk barulah kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju memenuhi dua tuntutan besar rakyat yang diperjuangkan oleh Barisan Nasional (BN) di Parlimen.

“Kredit kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mempelopori “sokong tanpa syarat.”

“Justeru saya setuju dengan pandangan Tan Sri Dzulkifli Ahmad mantan boss Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mana Gabenor Bank Negara dan CEO Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nak letak muka?

“ Mereka ini penghalang kuat dua permintaan rakyat itu. Eloklah berhenti tanpa syarat,” kata Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat