BN Bukan Pak Turut PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jelas peranan Barisan Nasional (BN) dalam Perikatan Nasional (PN) bukanlah menjadi ‘pak turut’ kepada kerajaan tetapi sebagai pejuang utama kepada kebajikan rakyat.

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata,suara rakyat yang dibawa oleh BN yang disampaikan melalui ‘Bossku’, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pengeluaran duit KWSP dan lanjutan moratorium akhirnya telah diterima oleh Kerajaan pimpinan ‘Abah’.

“Alhamdulillah, Rang Undang-Undang Belanjawan 2021 Peringkat Dasar telah lulus di Dewan Rakyat dengan sokongan penuh ahli Parlimen BN.

“Saya percaya ahli Parlimen BN akan terus memastikan perbahasan Rang Undang-Undang Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa selepas ini sentiasa memenuhi aspirasi rakyat,” katanya dalam satu catatan Facebook, hari ini.

Beliau menambah, walaupun terdapat polemik perbezaan pendapat yang disensasikan melalui media, namun ahli parlimen BN telah membuktikan bahawa agenda negara dan rakyat tetap menjadi fokus utama.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat