Kait latihan keselamatan di Masjid Rusila dengan Memali, kebodohan Pas masih segar sampai hari ini – Mahfuz

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang cuba mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Masjid Rusila dengan peristiwa Memali adalah tuduhan paling dangkal dan tidak berasas daripada seorang bekas menteri.

Menurut beliau, mengaitkan latihan APMM zaman kini dengan peristiwa lebih 40 tahun dahulu hanya menunjukkan Pas masih hidup dalam bayang sejarah sedangkan mereka boleh mendapat penjelasan dari tuan penasihat kerajaan negeri SG4 Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Untuk pengetahuan umum, peristiwa Memali berlaku pada tahun 1985, di bawah kerajaan Dr Mahathir ketika itu.Ia adalah peristiwa lama bukan dasar, bukan tindakan dan bukan pendekatan kerajaan hari ini.

“Sedangkan fakta sebenar amat mudah,APMM menjalankan latihan keselamatan berhampiran Rusila, dan beberapa kakitangannya hanya singgah menunaikan solat di masjid, bukan mengadakan latihan dalam masjid.

“Namun, di mata Takiyuddin dan Pas, anggota yang datang berwuduk dan solat pun dianggap ancaman kepada Islam.Agaknya apa akan terjadi kalau Ketua Polis Negara pergi solat sebelah Takiyuddin.Agaknya hilang khusyuk,” bidas Mahfuz.

“Soalnya, apa yang Pas takut sebenarnya? soal pemimpin Amanah itu.

“Bayang pakaian seragam pasukan keselamatan, atau rasa ada dosa politik lama yang belum selesai ka? pertikai beliau.

Mahfuz menegaskan, kerajaan hari ini di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kerajaan yang menghormati agama, mempertahan institusi keselamatan, dan mengutamakan rahmah.

“Tidak ada sebab langsung untuk mana-mana agensi keselamatan menzalimi rakyat kerana kerajaan ini dibina atas dasar Madani, bukan dendam.

“Peristiwa Memali adalah tragedi sejarah yang berpunca daripada politik keras kepala dan sikap menolak undang-undang.

“Menggali semula luka lama semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat hanyalah taktik murahan Pas yang sudah ketandusan idea.

“Sebenarnya, anggota APMM, polis dan tentera itu anak bangsa kita sendiri. Mereka solat, berzikir, berpuasa malah ramai antara mereka yang lebih dekat dengan masjid daripada sebahagian pemimpin Pas sendiri.

“Tapi di mata Pas, selagi tak berserban hijau dan tak angguk ucapan mereka, semuanya dianggap musuh. Inilah penyakit lama Pas ,takut pada bayang sendiri, ketagihan menunggang agama.Mereka lebih sibuk hidup dalam kenangan silam daripada membantu rakyat menghadapi cabaran masa depan.

“Kesimpulannya, peristiwa Memali itu kisah lama zaman Mahathir,tapi kebodohan politik Pas masih segar sampai hari ini,” selar Mahfuz dalam kenyataan pada Isnin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat