Muhyiddin Undur, Jangan Sampai Kuasa Jatuh Ke Tangan Bukan Islam Kata Isma

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyeru ahli politik di negara ini berhati-hati dalam gerakan mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berundur.

Presidennya, Abdullah Zaik Abd Rahman menegaskan, Muhyiddin boleh berundur jika itu keputusan yang difikirkan sebagai terbaik.

Namun begitu, beliau memberi amaran, pengunduran jangan sampai tampuk pemerintahan negara kembali ke tangan orang bukan Islam.

“Keadaan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sudah boleh dipertikai, beliau nyata hilang sokongan majoriti. Kerana itu telah berlaku krisis dalam politik yang bakal mengundang ketidakstabilan.

“Muhyiddin kalau berundur ia boleh berundur tetapi jangan biarkan negara kembali dikuasai oleh bukan islam.

“Dan jangan pula memberi kesempatan kepada mereka yang berdepan dengan hukuman serta pengadilan sehingga dapat melepaskan diri daripada hukuman dan proses keadilan,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Abdullah Zaik, sebarang tindakan yang di ambil harus dilakukan dengan penuh tanggungjawab tanpa menjejaskan ekonomi dan masa depan rakyat.

“Ini bermakna baginda meminta penyelesaian politik hendaklah diselesaikan secara demokrasi, namun baginda menuntut agar perkara tanggungjawab dimasukkan dalam perkiraan ahli politik.

“Walaupun mereka mempunyai hak bertindak secara politik, tetapi ia hendaklah dilakukan dengan tanggungjawab bukan semata-mata kepentingan diri dan parti sahaja.

“Di sinilah, ahli-ahli politik secara bertanggungjawab harus bertindak secara matang sehingga tidak menjejaskan kepentingan ekonomi dan usaha rakyat yang sedang berdepan pandemik,” katanya.

Suasana politik negara kembali panas apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak pengisytiharan darurat yang dicadangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat