Tiada Upacara Angkat Sumpah Kata sumber

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu tidak akan diadakan hari ini.

Menurut sumber yang di hubungi SuaraTV sebentar tadi, sehingga sekarang masih tiada sebarang keputusan yang di buat oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung calon ketua menteri yang akan mewakili gabungan tersebut.

Malah Parti Bersatu Sabah (PBS) juga dikatakan masih ‘berteka-teki’ terhadap sokongan yang diberikan.

Istana Negeri dikatakan akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut sebentar lagi.

Maklumat tersebut diperoleh selepas kenderaan yang membawa Peguam Negeri Sabah memasuki perkarangan istana.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat