Gerakan Misteri Barisan Nasional Sabah

- Advertisement -

Kota Kinabalu – 14 Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Barisan Nasional yang menang semalam dilaporkan mengadakan perjumpaan di tempat rahsia dan tidak memberi sebarang maklum balas kepada media.

Sehingga jam 11 pagi ini Pengerusi UMNO dan BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak menghadiri apa-apa mesyuarat bersama Perikatan Nasional dan PBS.

UMNO dikatakan kurang senang dengan tindakan Bersatu mungkir janji untuk membenarkan parti tersebut menamakan calon Ketua Menteri jika menang.

Pemimpin UMNO sebelum ini memberi alasan penyerahan banyak kerusi yang dimenangi oleh parti tersebut kepada Bersatu adalah atas persetujuan Ketua Menteri dari UMNO.

Bagaimanapun sebaik PN memperolehi 17 kerusi berbanding BN 14 kerusi, parti tersebut dilaporkan mahu menamakan Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Hajiji sebagai Ketua Menteri.

ADUN-ADUN BN yang dihubungi juga enggan memberitahu lokasi perjumpaan sesama mereka dan butiran perbincangan.

BN dilaporkan mahu mencalonkan Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

SuaraTV difahamkan PN juga mengadakan perundingan dengan Warisan untuk mengekalkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri sebagai timbal balas sokongan Ahli Parlimen Warisan kepada kerajaan PN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat