Calon Ketua Menteri akan diumumkan esok pagi kata Hajiji

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor memaklumkan calon Ketua Menteri Sabah yang baharu akan diumumkan esok pagi.

Hajiji ketika sidang akhbar lewat pagi tadi berkata pengumuman tersebut akan di lakukan sebelum majlis angkat sumpah di Istana Negeri.

“Pengumuman calon ketua menteri akan dilakukan esok pagi, biarlah ia menjadi teka teki,” katanya di sini sebentar tadi.

Hajiji bagaimana pun mengelak untuk menjawab soalan yang diajukan sama ada perbincangan telah di lakukan bersama rakan sekutu PN, iaitu Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Turut kelihatan di majlis sidang akhbar tersebut calon bebas Rubin Balang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong yang telah menyatakan persetujuan untuk menyokong PN.

Terdahulu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya menumpaskan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diterajui oleh Datuk Seri Shafie Afdal.

Berdasarkan pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gabungan ltelah berjaya memenangi 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Gabungan Warisan dan Pakatan Harapan (PH) hanya memperolehi 32 kerusi manakala bebas memperolehi 3 kerusi.

Terdahulu Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga merupakan Pengerusi UMNO Sabah berkata, beliau cukup yakin dan kerajaan baharu pimpinan GRS dapat dibentuk dengan semangat setiakawan.

“Kita akan membincangkan secara terperinci hala tuju ataupun ke arah mana kerajaan ini memfokus masalah-masalah rakyat di masa akan datang.

“Saya turut berterima kasih kepada jentera Umno dan rakan komponen BN lain yang berkampung di Sabah untuk membantu memenangkan calon BN termasuk Presiden Umno, Naib-Naib Presiden Bossku dan lain-lain,” katanya di sini malam ini.

Sementara itu, Bung Moktar yang turut memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, berkata soal siapa Ketua Menteri akan dibincangkan bersama rakan GRS dalam masa terdekat. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat