KKNP Got Talent 2025 serlahkan bakat pelajar Kolej Komuniti

Oleh Zihan Zari

IPOH – Program KKNP God Talent 2025 berjaya menampilkan kepelbagaian bakat dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Negeri Perak (KKNP) dengan persembahan menarik dipertontonkan, merangkumi nyanyian, tarian, persembahan muzik dan kreativiti seni yang lain.

Sebanyak 20 penyertaan mewakili tujuh buah KKNP telah mengambil bahagian dalam program ini, yang telah berlangsung pada jam 2 petang hingga 4 petang di Aeon Mall Kinta, dekat sini baru-baru ini.

KKNP dalam kenyataan berkata, selain sebagai platform pencungkil bakat, program ini boleh memperkukuhkan jalinan hubungan antara pelajar di samping memperkasakan peranan Kolej Komuniti sebagai pusat pembangunan ilmu, kemahiran dan sahsiah diri.

Menurutnya, program seperti ini diyakini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu inisiatif memperkasa potensi belia khususnya dalam kalangan pelajar KKNP.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Kinta, Zulhisham Ahmad Shukori ketika berucap pada perasmian penutup program itu menyatakan, kepentingan untuk memantapkan program-program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di dalam negara.

Sempena menyambut Bulan Kemerdekaan, beliau mengingatkan jangan sesekali kita lupa untuk memelihara akan asal usul tanah air tercinta, Malaysia.

Zulhisham turut menyerahkan fabrik yang bermotifkan Bunga Kelarai akan dijadikan sebagai pakaian seragam pasukan perbarisan kemerdekaan bagi pasukan Daerah Kinta yang akan menjelang tiba, tidak lama lagi.

Pada majlis yang sama, tetamu kehormat telah menyampaikan simbolik serahan fabrik batik STYLES OF BATIK CHENDEROH 2.0.

Ianya merupakan projek batik yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Sijil Visual Kreatif, Kolej Komuniti Chenderoh selain dijadikan busan indah oleh pelajar-pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian, Kolej Komuniti Batu Gajah yang merupakan kesinambungan projek pada tahun lalu.

KKNP Got Talent menyaksikan Kolej Komuniti Taiping mendapat pertama di atas persembahan monolog yang mengangkat isu buli.

Manakala, Kolej Komuniti Batu Gajah (KKBG) pula menduduki tempat kedua dan ketiga yang membuat persembahan nyanyian dan tarian.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat