Pesakit Di ICU, Kes Aktif Covid-19 Menurun Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hari ini semakin berkurangan dengan 982 kes selain 470 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Semalam, pesakit di ICU merekodkan sebanyak 990 kes dan 487 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala, kali terakhir angka pesakit di unit rawatan tersebut dilaporkan melebihi 1,000 ialah pada 25 Ogos lalu iaitu sebanyak 1,003 kes.

Dalam masa sama, kes aktif turut menurun sedikit kepada 265,695 kes selain terdapat 339 kes kematian Covid-19.

Kematian itu melibatkan 289 warga Malaysia dan 50 warga asing dengan 193 daripadanya lelaki manakala baki 146 wanita selain 99 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 15,550 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 412 kes (1.9 peratus) kategori tiga, empat dan lima manakala, sebanyak 21,658 kes (98.1 peratus) kategori satu dan dua berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis Covid-19.

“Secara keseluruhan, 17,029 kes (77.2 peratus) daripada jumlah kes tersebut tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius dan diharapkan akan mengurangkan jangkitan di dalam negara, terutama kes di kategori tiga hingga lima,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 155 kes kategori lima dengan 145 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi dilaporkan semalam, 80 kes kategori empat dengan 65 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi serta 177 kes kategori tiga dengan 136 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sebanyak 11,805 kes kategori dua dengan 9,151 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi manakala, sebanyak 9,853 kes kategori satu dengan 7,532 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelasnya.

Tambah beliau, sebanyak 28 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 15 kluster komuniti, 12 kluster tempat kerja dan satu kluster pusat tahanan. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat